Semua hal-ehwal blog ini hendaklah dirujuk kepada Paklong,
hp 012 363 5658 atau email: universiti.maya@yahoo.com

30 Sep 2008

Sesi Bergambar Di Hariraya


Hari ini diadakan sesi bergambar dengan Atuk dan TokCik.
Masa tu, PakNgah sekeluarga belum sampai. MakLang dan anak-cucu tak dapat datang. PakNdak sekeluarga berada di Kelantan. Anak-anak PakLong, Anis, Ashraf dan Farid masih bekerja. Sebab, kerajaan berhari raya besok.

Di bawah ialah sebahagian gambar keluarga. Teka, apa beza antara gambar-gambar berikut:


Read more...

Selamat Hariraya: Dari Acu Mat Sekeluarga


Selamat Hariraya, Ma'af Zahir Batin
Dari Acu Mat Sekeluarga

Read more...

Selamat Hariraya: Dari PakTam Sekeluarga


Selamat Hariraya, Ma'af Zahir Batin
Dari PakTam Sekeluarga

Read more...

Selamat Hariraya: Dari Acik Abu Sekeluarga


Selamat Hariraya, Ma'af Zahir Batin
Dari Acik Abu Dan Acik Sidah Sekeluarga

Read more...

Selamat Hariraya: Dari PakTeh Sekeluarga


Selamat Hariraya, Ma'af Zahir Batin
Dari PakTeh Dan MakTeh Sekeluarga

Read more...

Selamat Hariraya: Dari PakNjang Sekeluarga

(Tiada dalam gambar: Udin)
Selamat Hariraya, Ma'af Zahir Batin.
Dari PakNjang Sekeluarga.

Read more...

27 Sep 2008

Gambar Cucu-Cucu Paklong


Atas, Naufal pada 27 September 2008. Bawah, Nasrul dan Fathul pada 20 September 2008. Semua rakaman gambar di rumah paklong.

Paklong nampak cucu-cucu paklong tu dididik dengan cara yang berbeza. Yelah, Naufal dididik oleh saintis mata dengan doktor ubat; dan Nasrul serta Fathul dididik oleh saintis kuman dengan jurutera. Paklong dan maklong hanya sebagai pemerhati, tak ada komen.

Read more...

25 Sep 2008

Paklong Dapat Hadiah


Atas ialah gambar baju paklong yang dihadiahkan oleh acik Nizam & Eri. JazakumuLLAHU khairan kathiran.

Read more...

Bid'ah Persiapan Raya


Dari blog Fakulti Isu-Isu Maya:

Tak lama lagi hariraya menjelang tiba. Kebanyakan orang Islam membuat pelbagai persiapan untuk diri, keluarga dan rumah-tangga. Pakaian-pakaian, makanan-makanan, minuman-minuman dan perhiasan-perhiasan rumah. Tak ketinggalan sampul-sampul dan duit-duit raya. Mungkin ramai yang berbelanja secara luar-biasa kerana RAYA. Mereka yang begini termasuk tokoh-tokoh masyarakat dan ahli-ahli agama. Di hari raya, semua persiapan itu digunakan.

Mereka sebenarnya sudah lupa atau tidak faham maksud PUASA dan hikmah HARI-RAYA. Mereka melanggar makna hari-raya itu ialah hari-raya untuk golongan faqir dan miskin (tidak mampu dan tidak berada)(عيد الفقراء والمساكين). Sikap kebanyakan orang Islam kini berhari-raya dengan mengabaikan golongan faqir dan miskin. Sikap bermewah dan luar-biasa semasa hari-raya begini menyinggung golongan yang tidak mampu. Malah memilukan lagi perasaan golongan tidak berada. Musnah maksud PUASA dan hancur hikmah HARI-RAYA.

Sikap menyedia dan memberi duit raya juga amat negatif. Perhatikan dan dengarkan cakap-cakap dan perbualan kanak-kanak mengenai duit raya si anu dan duit raya si polan. Sikap kanak-kanak berziarah lebih bertujuan mengutip duit, seolah-olah meminta sedekah secara senyap dan terhormat. Didikan bid'ah ini merosakkan jiwa kanak-kanak. Melatih mereka ke arah DUIT. Hidup kerana DUIT dan untuk DUIT. Ibadat dapat DUIT, ziarah dapat DUIT.

Fikir-fikirkanlah.

Read more...

21 Sep 2008

30 September Hari Raya


Petang tadi atuk talipon paklong bagitau hari raya ialah hari Selasa 30 September 2008. Dalam kiraan paklong juga begitu. Tahun ini kita berpuasa hanya 29 hari sahaja, sekalipun usia bulan Ramdhan selama 29h. 12j. 14m.

Ini bermakna kita semua beraya di rumah atuk pada hari Rabu, 1 Oktober. Pada hari tu, yang tak dapat datang mungkin paktam sekeluarga dan pakandak sekeluarga. Masing-masing berada di Pinang dan Kelantan.

Paklong ucapkan selamat Raya Puasa Dan Maaf Zahir Batin Serta Halalkan Makan Minum.

Read more...

17 Sep 2008

Atuk Di Rumah Paklong



Semua tau yang atuk dan tokcik tidur di rumah paklong pada setiap malam Ahad minggu pertama setiap bulan. Gambar ini atuk di rumah paklong pada minggu pertama Mei 2008. Ha, inilah gambar atuk dengan cucu dan cicit sebelah paklong.

Read more...

Anak, Menantu Dan Cucu Paklong

Sesiapa yang malas nak layari blog peribadi paklong, ha ni paklong siarkan semula gambar anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu paklong. Nak download pun ok. Tak ada larangan.

Masa gambar ni dirakamkan, Anis dah pindah dari Hospital Kuala Pilah ke Kementerian Kesihatan. Lily pun dah pindah dari Hospital Kuala Pilah ke Hospital Putrajaya. Farid pulak dah pindah ke HQ Jimmah sebagai senior engineer. Nani belum siap MSc.


AlbumKeluarga

Read more...

11 Sep 2008

Dari Blog Peribadi Paklong


Ada sorang anak sedara minta paklong cerita sikit latar-belakang paklong yang pernah toktina bagitau tapi tak ramai anak-cucu yang tau. Ok, kali ni paklong cerita sikit. Lain kali cerita lagi. Ok!

Alkesah, paklong mula dikandung oleh toktina sekitar bulan September-Oktober 1946. Setelah 14 bulan dalam kandungan barulah paklong lahir, iaitu pada 2 Januari 1948. Iaitu setelah 41 hari tokandak Mariam (adik toktina) dilahirkan. Tapi tokandak guna tarikh yang sama dengan paklong dalam surat beranaknya.

Atuk kata, masa paklong dilahirkan, kepala paklong besar. Paklong tak larat nak gerakkan. Semua orang takut dan bimbang keadaan paklong. Tapi, al-hamdulilLAH, semakin hari, semakin minggu dan semakin bulan, maka keadaan kepala paklong jadi normal.

Paklong menyusu pada atuktina lebih dari 3 tahun. Sampai pakngah dilahirkan pada tahun 1952, paklong masih numpang menyusu. Itu kata atuktina. Hal tu paklong tak ingat.

Paklong belajar bahasa Arab sejak berumur 6 tahun. Belajar pada atuk di rumah. Biasanya, lepas solat subuh, tiap-tiap pagi. Umur 12 tahun paklong diajar mata-pelajaran falak syar'iy oleh atuk. Juga di rumah, juga lepas solat subuh.

Oh ye, satu lagi yang atuktina bagitau, anak-anak dia yang paling "ketegar" ialah paklong. Dari kecik paklong tak pernah rehat, sentiasa ada kerja. Itulah perangai paklong sampai sekarang ni. Itu semua anak-cucu atuk tau.

Sekian dulu cerita latar-belakang paklong kali ini.

Paklong


Read more...

10 Sep 2008

Tarikh Beraya Di Rumah Atuk


Acik Eri bagitau paklong, bahawa tarikh perhimpunan raya di rumah atuk bagi tahun ini ialah pada hari raya ke 2. Sesiapa yang nak datang awal ke rumah atuk sebelum atau pada pagi raya adalah digalakkan. Cuma paklong nak pesan, janganlah bagi habis makanan kesukaan paklong tu!!!

Paklong

Read more...

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP