Semua hal-ehwal blog ini hendaklah dirujuk kepada Paklong,
hp 012 363 5658 atau email: universiti.maya@yahoo.com

25 Sep 2008

Bid'ah Persiapan Raya


Dari blog Fakulti Isu-Isu Maya:

Tak lama lagi hariraya menjelang tiba. Kebanyakan orang Islam membuat pelbagai persiapan untuk diri, keluarga dan rumah-tangga. Pakaian-pakaian, makanan-makanan, minuman-minuman dan perhiasan-perhiasan rumah. Tak ketinggalan sampul-sampul dan duit-duit raya. Mungkin ramai yang berbelanja secara luar-biasa kerana RAYA. Mereka yang begini termasuk tokoh-tokoh masyarakat dan ahli-ahli agama. Di hari raya, semua persiapan itu digunakan.

Mereka sebenarnya sudah lupa atau tidak faham maksud PUASA dan hikmah HARI-RAYA. Mereka melanggar makna hari-raya itu ialah hari-raya untuk golongan faqir dan miskin (tidak mampu dan tidak berada)(عيد الفقراء والمساكين). Sikap kebanyakan orang Islam kini berhari-raya dengan mengabaikan golongan faqir dan miskin. Sikap bermewah dan luar-biasa semasa hari-raya begini menyinggung golongan yang tidak mampu. Malah memilukan lagi perasaan golongan tidak berada. Musnah maksud PUASA dan hancur hikmah HARI-RAYA.

Sikap menyedia dan memberi duit raya juga amat negatif. Perhatikan dan dengarkan cakap-cakap dan perbualan kanak-kanak mengenai duit raya si anu dan duit raya si polan. Sikap kanak-kanak berziarah lebih bertujuan mengutip duit, seolah-olah meminta sedekah secara senyap dan terhormat. Didikan bid'ah ini merosakkan jiwa kanak-kanak. Melatih mereka ke arah DUIT. Hidup kerana DUIT dan untuk DUIT. Ibadat dapat DUIT, ziarah dapat DUIT.

Fikir-fikirkanlah.

0 ulasan:

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP