Semua hal-ehwal blog ini hendaklah dirujuk kepada Paklong,
hp 012 363 5658 atau email: universiti.maya@yahoo.com

31 Ogo 2008

Selamat Berpuasa


Paklong akan mula berpuasa besok. Sempena itu paklong ucapkan selamat menyambut Ramadhan Karim, Ramadhan Mubarak kepada semua keluarga dan sedara mara. Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah Allah, kukuh iman serta terus taat kepadaNya.

Selamat berpuasa semua.

Paklong.

Read more...

24 Ogo 2008

Paklang Dan Maklang Kirim Cempedak


Sabtu, malam Ahad, Salwa datang ke rumah paklong bawak cempedak kiriman paklang dan maklang di Sg, Tengi. Puunyalah banyak, berpuluh biji. Tapi tak apa, paklong dah mintak acik Nizam datang ambik dan bagi kat atok Banaji dan adik-beradik acik. Dan paklong pulak akan panjangkan kat jiran-jiran.

Tengok! Untungnya bercucuk tanam. Makan sendiri dan anak beranak dah tentu lepas. Boleh pulak sedekah kat adik-beradik, jiran sebelah-menyebelah dan sedara-mara yang lain. Hhmm, patutlah Nabi kata petani yang betui, banyak dapat pahala.

Coretan Paklong

Read more...

18 Ogo 2008

Kenduri Syukur Di Rumah Ayah


Hari ini, Isnin, adik-adik buat kenduri kesyukuran di rumah ayah. Semua anak ayah hadir. Sebahagian besar cucu-cicit ayah juga datang. Merekalah yang bertungkus-lumus menjayakannya. Paklong hanya ikut makan. Tak huloq baghang seduit. Tak malu pun!!!

Lepas solat zuhur berjama'ah ayah tanya: Hang kigha dak, beghapa oghang semua. Ghamai no. Seghonok!!!.

Sebelum bersurai sempat menubuhkan Tabung Amanah untuk semua keluarga. Tujuan utamanya ialah untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Yang nak belajar, yang nak kawin dan macam-macam lagi.

Yang seronoknya, Mustafa cukup kuat kempen "keli afrika". Tapi, sebelum kempen, keli dah tinggal tulang. Yang Wan pulak, senyap aje. Tak banyak cakap. Paklong agak, pasai habih bahan bakaq kot?.


CatatanPaklong.

Read more...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pengenalan
:

Blog ini adalah milik anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cicit Arbain Hassan dengan Salamah Hj. Mansor. Secara perinciannya ialah:

Abdul Wahab Arbain dengan Sakdiah Hj. Sabran
dan anak-cucu.
Aini Arbain dengan Tarmiah Sairi dan anak-anak.
Hamsiah Arbain dengan Hj. Othman Ibrahim
dan anak-cucu.

Othman Arbain dengan Rosnah Nafiah dan anak-anak.
Arshad Arbain dengan Nafisah Md. Nor dan anak-anak.
Jamilah Arbain dengan Hj. Ahmad Zabidi Ibrahim
dan anak-anak.

Mohd. Rashid Arbain dengan Muzaini Che Osmandan anak-anak.
Rashidah Arbain dengan Abu Hassan Ghazali dan anak-anak.
Nor Khairiah Arbain dengan Mohamed Nizam Banaji
dan anak-anak.
Mohd. Silahuddin dengan Nor Hasnah Aini dan anak-anak.

Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.
Jam 2.40, 18 Ogos 2008.

Read more...

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP