Semua hal-ehwal blog ini hendaklah dirujuk kepada Paklong,
hp 012 363 5658 atau email: universiti.maya@yahoo.com

12 Jan 2009

Pakcik Abu Nak Ke Washington?

Semalam paklong merayau rata-rata. Maka terjumpalah gambar yang kat bawah ni. Paklong fikir pakcik Abu mungkin nak ke Washington, makan malam dengan Barack Obama sambil borak-borak pasal hal-ehwal dunia.
Ada nak kirim apa-apa ke?


Read more...

22 Dis 2008

Hari Keluarga Di Pantai Indah Resort

Lepas solat Juma'at, kami adik-beradik serta keluarga masing-masing bergerak ke Pantai Indah Resort untuk hari keluarga. Namun, Rashid dari Ipoh dan Hamsiah dari Sg. Tengi tak dapat datang. Esah + Izwan serta anak-anak hingga tengah malam sahaja, pasal nak ke Taiping pagi Sabtu.


Abu Hassan + Rashidah sekeluarga, dari Kedah, adalah antara yang awal sampai. Manakala Arshad dan anaknya Farhan, dari Pahang, adalah yang terakhir sampai sebelum Ayah + Makcik tiba jam 11.00 malam. Perbincangan keluarga hingga jam 2.15 pagi. 12.00 tengahari Sabtu kami bersurai.

PakLong.

Read more...

14 Dis 2008

Dua Lagi Cucu Atuk Jadi Bloggers

PakLong ucap tahniah pada Najah dan Khairul kerana dah muncul sebagai pengarang dalam blog atau blogger. Ini adalah langkah awal untuk melatih diri supaya mahir menulis atau menyusun idea ke dalam tulisan.

Blogger ni hidupnya sentiasa melihat sekeliling dan segenap pelusuk alam. Memikir apa yang terkandung dalam sesuatu benda atau peristiwa. Bila kita boleh ceritakan atau tuliskan, itulah idea kita. Kalau boleh, blogger kena ada juga kamera yang agak canggih. Kumpul atau jimat duit, nanti, bila dah lama boleh beli. PakLong pun selalu ambil gambar. Ada juga gambar yang tak berguna pada orang lain, tapi pada PakLong penting. Sebab PakLong boleh cerita mengenai gambar tu. Itulah idea. Tulisan PakLong ni ditujukan juga untuk Hafizul.

Tahniah kepada Najah, Khairul dan Hafizul. Selamat datang ke alam blogging. Kena lawan PakLong yang dah tua ni. Tanya abah, bila dia nak update blog dia tu?

Read more...

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP