Semua hal-ehwal blog ini hendaklah dirujuk kepada Paklong,
hp 012 363 5658 atau email: universiti.maya@yahoo.com

14 Dis 2008

Dua Lagi Cucu Atuk Jadi Bloggers

PakLong ucap tahniah pada Najah dan Khairul kerana dah muncul sebagai pengarang dalam blog atau blogger. Ini adalah langkah awal untuk melatih diri supaya mahir menulis atau menyusun idea ke dalam tulisan.

Blogger ni hidupnya sentiasa melihat sekeliling dan segenap pelusuk alam. Memikir apa yang terkandung dalam sesuatu benda atau peristiwa. Bila kita boleh ceritakan atau tuliskan, itulah idea kita. Kalau boleh, blogger kena ada juga kamera yang agak canggih. Kumpul atau jimat duit, nanti, bila dah lama boleh beli. PakLong pun selalu ambil gambar. Ada juga gambar yang tak berguna pada orang lain, tapi pada PakLong penting. Sebab PakLong boleh cerita mengenai gambar tu. Itulah idea. Tulisan PakLong ni ditujukan juga untuk Hafizul.

Tahniah kepada Najah, Khairul dan Hafizul. Selamat datang ke alam blogging. Kena lawan PakLong yang dah tua ni. Tanya abah, bila dia nak update blog dia tu?

0 ulasan:

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP