Kenduri Syukur Di Rumah Ayah
Hari ini, Isnin, adik-adik buat kenduri kesyukuran di rumah ayah. Semua anak ayah hadir. Sebahagian besar cucu-cicit ayah juga datang. Merekalah yang bertungkus-lumus menjayakannya. Paklong hanya ikut makan. Tak huloq baghang seduit. Tak malu pun!!!
Lepas solat zuhur berjama'ah ayah tanya: Hang kigha dak, beghapa oghang semua. Ghamai no. Seghonok!!!.
Sebelum bersurai sempat menubuhkan Tabung Amanah untuk semua keluarga. Tujuan utamanya ialah untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Yang nak belajar, yang nak kawin dan macam-macam lagi.
Yang seronoknya, Mustafa cukup kuat kempen "keli afrika". Tapi, sebelum kempen, keli dah tinggal tulang. Yang Wan pulak, senyap aje. Tak banyak cakap. Paklong agak, pasai habih bahan bakaq kot?.







CatatanPaklong.
3 ulasan:
Ala...Tak aci la paklong, gambar tempat rewang takde pun... lain kali cedok sendirilah...
seronoknya makan beramai2...
AlhamdulilLAH kami adik-beradik dan seluruh keluarga dalam keadaan mesra dan bahagia. Amiin!!
Catat Ulasan