Semua hal-ehwal blog ini hendaklah dirujuk kepada Paklong,
hp 012 363 5658 atau email: universiti.maya@yahoo.com

11 Dis 2008

Hafizul Aktif Berkarya

Paklong berasa bangga dengan Hafizul kerana rajin berkarya dan mencatat dalam makro diarinya, sebuah blog.

Paklong yakin yang Hafizul akan menjadi penulis dan pengarang yang lebih hebat tak lama lagi. Sekarang ni pun dah mencapai tahap hebat. Paklong selalu intai dalam blog Hafizul. Baru-baru ni paklong curi gambar cucu paklong dari blog Hafizul. Tak kan nak kena potong tangan kut?.

Kalau zaman paklong dulu tak ada internet. Jadi paklong guna buku diari. Orang yang selalu menulis ideanya sentiasa berkembang.

Walaupun paklong dah jadi warga emas, tapi paklong masih berkarya. Masa ni paklong ada lebih dari 30 blog dalam pelbagai bidang. Ada blog yang boleh dikenali dan ada juga yang tak boleh dikenali.

1 ulasan:

Al-Kisah H.K. 12 Disember 2008 pada 7:03 PG  

Assalamualaikum Paklong,

Terima kasih kerana Paklong sudi baca blog Hafiz. Insyaallah Hafiz akan menjadi penulis atau pengarang. Kalau ada rezeki la. Tentang gambar tu tak apa la. Lagipun gambar tu kan gambar cucu Paklong. Ada lagi satu catatan yang Hafiz tulis tapi dekat blog Hafiz.


Kirim salam kepada semua termasuk Radhi sekeluarga ye.

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP