Semua hal-ehwal blog ini hendaklah dirujuk kepada Paklong,
hp 012 363 5658 atau email: universiti.maya@yahoo.com

17 Sep 2009

Selamat Menyambut Aidil-Fitri

Dimaklumkan bahawa atuk dan paklong akan mulai beraya pada hari Sabtu 19 September 2009. Ini berdasarkan kiraan Ilmu Falak dan Sains Angkasa atau Astronomy.

Read more...

10 Sep 2009

Fadilah Akan Ke Mesir Pada 14.09.09

Fadilah, anak mak-andak Naf, akan bertolak ke Mesir pada 14 September 2009. Mesti berada di KLIA mulai 7.00 pagi untuk taklimat. Penerbangan pukul 10.00 pagi.

Fadilah belajar di Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar, Kaherah. Fakulti tu tak jauh dari rumah sewa paklong masa muda-muda dulu, tahun 1972-1973.

Sesiapa nak ke KLIA hubungi pak/mak-andak terlebih dulu.

Read more...

Acik Abu Pindah Ke Universiti Malaysia Trengganu

Semasa blog ini tidak diupdate, ada banyak berita mengenai keluarga. Antaranya tentang perpindahan acik Abu dari Universiti Utara Malasia ke Universiti Malaysia Trengganu mulai 01 Julai 2009.

Sekarang acik Abu bertugas sebagai Ketua Pustakawan UMT. Bila kita ke Trengganu bolehlah dia belanja kita makan sotong fresh atau sotong sumbat. Ada sesiapa yang belum ucap tahniah?

Read more...

9 Sep 2009

Fakta Solat-Solat Fardhu

Tazkirah mengenai Fakta Solat-Solat Fardhu.

Semasa Rasulullah di Makkah (Mekah) atau sebelum Hijrah:
Solat-solat fardhu ialah dua raka'at sahaja, kecuali solat Maghrib sebanyak tiga raka'at.

Setelah Rasulullah berada di Madinah atau setelah Hijrah:
Solat-solat Zuhur, Asar dan 'Isyak ditambah oleh Allah sebanyak dua raka'at, menjadi empat raka'at.

Namun, Allah mengekalkan dua raka'at bagi mereka yang bermusafir. Istilah baru diperkenalkan oleh Allah terhadap pengekalan bilangan tersebut dengan "Qasar", iaitu Kurang atau Pendek.

Justeru, Saidina 'Umar menganggap para musafir yang tidak mengQasarkan solat sebagai golongan Sombong Terhadap Allah.
نعوذ بالله من ذلك

Read more...

Nasib Baik Ada Salwa

Blog ini dah lama tidak dikemaskini dan tak ada sebarang posting. Bukan tak sempat, tapi paklong lupa password. Tanya rata-rata kat adik-adik, semua lupa.

Nasib baik paklong dapat semula password. Salwa yang bagi. Nasib baik dia ada simpan. Kalau tak, terbiar begitulah blog ini. Insya Allah, mulai sekarang blog ini akan dikemaskini.

Read more...

About This Blog

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP